David Villa 1-Christiano Ronaldo 0

David Villa muncul sebagai hero pasukan Spain apabila telah berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-63 ketika menentang Portugal awal pagi tadi. Ini sekaligus telah melayakkan diri mereka ke peringkat suku akhir. Spain akan bertemu dengan Paraguay pada perlawanan suku akhir nanti.

30 June 2010 at 02:05 - Comments

Wakil Asia tumpas…

Paraguay layak ke pusingan suku akhir apabila telah berjaya menewaskan pasukan Jepun 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan yang berlangsung pada malam tadi.

Jepun telah tewas melalui sepakan penalti apabila pemain mereka iaitu Yuichi Komano telah gagal menyempurnakan penalti akibat sepakannya yang terkena palang gawang gol.

30 June 2010 at 01:56 - Comments

Holland berjaya…

Percaturan yang agak bijak buat pasukan Holland apabila telah meletakkan Arjen Robben sebagai salah seorang pemain pada perlawanan yang berlangsung malam tadi di antara Holland vs Slovakia.

Arjen Robben telah berjaya meletakkan Holland di hadapan menerusi gol pembukaannya pada minit ke-18. Gol kedua Holland pula telah berjaya dijaringkan oleh Wesley Sneijder pada minit ke-84.

Walau bagaimanapun, pasukan Slovakia tidak pulang dengan tangan kosong apabila telah dihadiahkan sepakan penalti pada minit akhir sebelum masa tamat menerusi Robert Vittek. Perlawanan berakhir dengan keputusan Holland 2- Slovakia 1…

28 June 2010 at 17:38 - Comments

Germany gembira, England hampa…

Malam yang menghampakan buat pasukan England kerana mereka telah tewas 4-1 kepada pasukan Germany pada perlawanan yang berlangsung malam tadi.

Keempat-empat gol pasukan Germany telah berjaya dijaringkan oleh Miroslav Klose pada minit ke-20, Lukas Podolski pula telah menjaringkan gol pada minit ke-32 dan kedua-dua gol terakhir Germany telah dijaringkan oleh Tomas Mueller pada minit ke-67 dan minit ke-70.

Gol tunggal bagi pasukan England pula telah berjaya dihasilkan oleh Matthew Upson pada minit ke-37. Perlawanan ini juga merupakan antara perlawanan yang mencetus kontrovesi kerana pengadil perlawanan tidah mengesahkan gol jaringan Frank Lampard yang jelas sekali telah masuk ke gawang gol pasukan Germany.

27 June 2010 at 17:47 - Comments

USA gagal ke suku akhir…

Ghana telah muncul sebagai pasukan kedua yang berjaya memasuki pusingan suku akhir setelah menewaskan pasukan U.S.A 2-1 pada perlawanan pagi tadi. Perlawanan itu meyaksikan kedua-dua pasukan itu bersaing dengan sengit tapi nasib lebih menyebelahi pasukan Afrika itu apabila Kevin Prince Boateng danĀ  telah berjaya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-5 perlawanan itu.

U.S.A telah berjaya menyamakan kedudukan pada masa kedua perlawanan dengan jaringan penalti hasil daripada London Donovan pada minit ke-61. Asamoah Gyan telah muncul sebagai wira pasukan “black stars” apabila telah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-92.

p/s: tahniah kepada Ghana….

27 June 2010 at 03:44 - Comments

Korea tumpas,Uruguay berjaya…

Uruguay merupakan pasukan pertama yang berjaya melayakkan diri ke suku akhir. Perlawanan yang berlangsung antara Uruguay dan Korea Selatan itu telah dimenangi oleh pasukanĀ  amerika selatan itu.Kedua-dua gol bagi pasukan Uruguay telah berjaya dihasilkan oleh Luiz Suarez pada minit ke-8 dan minit ke-80.

Gol sulung pasukan Korea pula telah berjaya disempurnakan oleh Lee Chung Yong pada minit ke-68. Pujian juga patut diberikan kepada pasukan Korea kerana pada perlawanan malam tadi, mereka telah berusaha sedaya upaya dan cuma nasib yang tidak menyebelahi mereka.

27 June 2010 at 03:10 - Comments